07 July 2018

BERITA BAIK UNTUK USER STREAMYX

Assalam. Jom Jimat!!!
.
#Berita baik untuk pengguna Streamyx. Dah bleh la pakat ramai-ramai guna android box untuk dapatkan lebih penjimatan..#Jom berjimat menonton live channel (Astro) dan movie kegemaran anda.
.
https://amanz.my/2018172382/
.
Bersama-sama dengan pengumuman penurunan harga untuk pakej Unifi, pihak Telekom Malaysia juga hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mulakan naik-taraf khas untuk pelanggan Streamyx mulai 15 Julai 2018 kelak. Naik-taraf khas ini dijangka melibatkan pelanggan Streamyx yang mana kawasan mereka sedia disokong dengan rangkaian Unifi.



Streamyx atau kini dikenali dengan nama Pra-Unifi boleh dikatakan agak mahal untuk penawaran yang disediakan. Pakej 1Mbps sendiri ditawarkan pada harga RM110 – yang mana boleh dikatakan agak mahal untuk pengguna. Apa lagi dengan TM yang umumkan pakej Unifi 30Mbps yang menyasarkan pengguna B40, semestinya ramai turut menantikan naik-taraf dan penurunan harga untuk Streamyx.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran khas ini dalam minggu akan datang. Mungkinkah kita akan melihat naik-taraf kelajuan dan penurunan harga diumumkan oleh TM untuk pengguna Streamyx yang masih belum disokong dengan talian Unifi di kawasan mereka?